? ??????????????The Best Thing? ????? ?? ???Rating: 4.6 (34 Ratings)??64 Grabs Today. 45228 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.2 (18 Ratings)??54 Grabs Today. 16116 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????E BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?


Cool Widgets


Free Widgets

Wednesday, August 19, 2009

IKHTILAT

Pernah suatu ketika di medan kampus, seorang anak usrah bertanya kepada saya, apakah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang lelaki berkenalan dengan seorang wanita ajnabi atau sebaliknya? Terdiam saya seketika memikirkan jawapan yang bersesuaian dengan tahap penerimaan mad’u.
Tatkala membincangkan persoalan sebegini saya rasa saya bukanlah insan terbaik bagi menghuraikannya secara terperinci..Namun persoalan tanggungjawab dan rasa keperluan untuk ‘memberi’ dan juga ‘menerima’ dalam masa yang sama, membuatkan saya terpanggil untuk membuat analisis pengkajian. Teringat sebuah hadis yang sudah kerap kali didengar tetapi belum diketahui sejauh mana kepraktikannya :
Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata), telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap), zina tangan (berpegangan), zina kaki (melangkah pergi jumpa), zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.
KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

MAMPUKAH??

Mampukah aku menjadi seperti Sayyidatina Khadijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama... Dapatkah ku didik jiwa seperti Sayyidatina Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan... Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Sayyidatina Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga... Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Sayyidatina Sarah.... Tabahlah jiwaku..Menghadapi setiap mehnah Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Diterik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Sayyidatina Hajar.... Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara MASYITAH....