? ??????????????The Best Thing? ????? ?? ???Rating: 4.6 (34 Ratings)??64 Grabs Today. 45228 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.2 (18 Ratings)??54 Grabs Today. 16116 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????E BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 19, 2009

IKHTILAT

Pernah suatu ketika di medan kampus, seorang anak usrah bertanya kepada saya, apakah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang lelaki berkenalan dengan seorang wanita ajnabi atau sebaliknya? Terdiam saya seketika memikirkan jawapan yang bersesuaian dengan tahap penerimaan mad’u.
Tatkala membincangkan persoalan sebegini saya rasa saya bukanlah insan terbaik bagi menghuraikannya secara terperinci..Namun persoalan tanggungjawab dan rasa keperluan untuk ‘memberi’ dan juga ‘menerima’ dalam masa yang sama, membuatkan saya terpanggil untuk membuat analisis pengkajian. Teringat sebuah hadis yang sudah kerap kali didengar tetapi belum diketahui sejauh mana kepraktikannya :
Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata), telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap), zina tangan (berpegangan), zina kaki (melangkah pergi jumpa), zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.
KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

0 comments: